Istabul Fateh Datang !

ISTANBUL FATEH DATANG ! =)
Istanbul 5hari 4mlm 533jd + 60JD (tax keluar Jordan) utk 2dewasa 1bby

untuk pic selebih nya klik link di bawah
http://fauziakmal.fotopages.com/?entry=7428648&back=http://fauziakmal.fotopages.com/?page=0


-beli pakej termurah di NASRAWI TRAVEL AGENT (airfrance di balad irbid, Jordan)
-pakej 5h4m dgn bayaran 533jd utk suami isteri dan baby (infant bwh 2thn)

#pakej termasuk
-tiket flight jordan aviation (mcm airasia/firfly/easyjet) pergi blk.
-FLY HOTEL 3bintang 5h4m siap breakfast
-tiket kapal di bosphorus bersiar2 di golden horn Istanbul
-transport pergi blk dr airport istabul – fly hotel
-tambahan 20jd setiap seorg tax keluar airport marka madani amman (60jd 3org termasuk baby)

Fly hotel (hotel kami)
aksarey ( nama tempat kami duduk)

Istanbul 31 May 2013 – 4 June 2013
Jumaat 31May2013

-gerak dr irbid 10am
-gerak dr airport marka madani amman jam 3pm
-perjalanan ambil masa 2jam 15minit ke airport Istanbul
-sampai Istanbul airport jam 5.15pm.
-disambut oleh tour guide kami ajwad
-terus ke fly hotel. Perjalanan mengambil masa selama 1jam setengah.
-sampai hotel cek in dan rehat sekejap. Mgrb jam 8.30pm. isyak jam 10.30pm
-dlm jam 9pm lebih. Kami kluar cari mkn malam. Sblm tu dah mkn dlu kat hotel ayam goreng, nasi putih dan kicap yg dibekalkan dr irbid Jordan.
-singgah di café glogulo berhampiran stesen tram yusufpasa.
-makan rice pudding + café mocha + cheese cake 5jd
-balik rehat tido.

sabtu 1june2013

-jam 3pg terjaga tk bole tido.
-jam 7pg gerak turun ke café hotel utk breakfast.
-breakfast roti +sanyorah +telur rebus+ teh Turkish + cheese
-jam 8pm kami di bawa ke bosphorus utk naek kapal bersiar2 di golden horn selama 2 jam.
-butiran golden horn disni
http://en.wikipedia.org/wiki/Golden_Horn
-naek kapal dr jam 9am-11am.

-lepas bersiar2 dgn kapal. Kami terus ke station eminonu dgn tram.
-keadaan di eminonu sgt sesak. Ramai sgt orang kat situ.
-lunch sandwish ikan bakar yg di jual atas boat. Sedap tp agak hanyir sikit.
-pergi ke new mosque . ambik pic sikit dan berehat kerana cuaca terlalu panas.
-butiran new mosque disini
http://en.wikipedia.org/wiki/New_Mosque_(Istanbul)
-singgah juga toilet dgn bayaran 1lera turkey = rm2.00 (tkpelik pon sbb kawan2 dah bgtau toilet luar mahal.
-kami teruskan perjalanan ke Miniaturk dgn menaiki metrobus nombor 47 di stesen bus eminonu.
-org turkey sgt baik. Byk tolong kami tunjuk jln dan tolong kami bg arahan turun di bustop mna nnty.
-perjlnn dr eminonu ke miniaturk ambil masa 30minit. Sebb jem skit.
-kami berhenti di bustop miniaturk berhadapan dgn university Istanbul
-tiket masuk ke Miniaturk 10lera Turkish = 4jd
-butiran ttg miniaturk di sni.
http://www.miniaturk.com.tr/
http://www.viator.com/Istanbul-attractions/Miniaturk/d585-a9288
-cantik sgt miniaturk ni. replika2 bangunan sejarah seluruh turkey ada di sini
-penat jln separuh taman. Kami naik mini train rm2 sekali round taman miniaturk. Suka sgt fateh naik.
-sambung bawa fateh ke taman permainan di hujung taman miniaturk. Main sampai betul2 fatehpenat.

-kami duduk dekat sini hampir 3jam. Perut rasa lapar siggah jp mkn kat café miniaturk ni.
-menu Bolognese + fresh juice + cheese cake =4jd
-dlm jam 6pm kami pulang ke hotel.
-balik still naik metro bus yg sama nombor 47 ke eminonu.
-sambung naik tram ke station aksarey. Pejalanan ambil masa dlm 20minit.
-sampai hotel kami berehat dlu mkn maggi . around kol 9pm kami tido da. Penat sgt.

ahad 2june 2013

-kami terlena smpai jam 3am
-jam 7am kami terus breakfast di café hotel. makanan still sama tiada perubahan.
-plan kami harini nk ke bluemosque + topkapi museum + hagia sofea
– tepat jam 8.30am kami naek tram dr aksaray station ke sultanahmet station.
-tiba di situ kami terus ke topkapi musem beratur tuk membeli pass museum Istanbul 72lera = rm140.
http://museumpassistanbuldistributor.com/
-kenapa kami beli pass ni? Sebb pasni boleh masuk lebih dr 4 museum free sedangkan kalau beli tiket utk masuk ke setiap museum kami perlu bayar hamper 25lera = rm50 sorang ..
-4museum 100lera.. jika beli pass museum Istanbul just perlu bayar 72lera. Kan untung??? =)
-anyway dgn pass ni. Kami dapat 10%-30% surveniors dan tiket masuk .
-tempat pertama kami pergi pagi tu ialah museum topkapi
butiran museum topkapi disini
http://en.wikipedia.org/wiki/Topkap%C4%B1_Palace
-seterusnya ke hagia sofia
butiran disini hagia sofia
http://en.wikipedia.org/wiki/Hagia_Sophia
-seterusnya kami nk pergi ke bluemosque tp memandangkan kami dah janji dgn nora dan aufa utk tggu di station benyazit jam 1pm
-so kami batalkan hasrat utk ke bluemosque dan trus ke station benyazit .
-kami jumpa nora dan aufa jam 1.15pm .
-perut kami lapar sangat sbb last breakfast je td kami makan.
– so kami ambil keputusan makan di burger king .
-berehat dan makan disitu hamper 1jam lebih. Kami teruskan perjalanan ke grand bazaar.
-tp alangkah terkejutnya kami grand bazar tutup pada hari ahad. Hahaha.. mcm pak pandir pulak rasanya.
-so kami ambil keputusan utk ke panorama faith 1453 di topkapi.
butiran panorama fatih 1453 di sini
http://www.3dmekanlar.com/en/panorama-1453.html
-kami naik tram dr station benyazit ke station topkapi. Perjalanan dlm 20minit.
-tiket masuk dlm 10lera sorang = 4jd
-agak kekok skit sbb stroller tk boleh bawa masuk. So parking la stroller di pintu masuk. Bukan kami je yg park situ. Semua stroller park situ.
-kami masuk ke panorama fetih 1453 tu dlm sejam juga. Yg best kat situ. Ada 3D suasana peperangan sultanahmed fetih.

-around kol 5lebih tu. Kami keluar dan terus ke taman sebelah panorama fetih 1453 .
-cantik taman tu. Rasa mcm taman di Malaysia. Dan org2 turkey kat situ tk sebatak org2 arab.
-mereka sangat menghormati kami org2 malaysia.
-berehat di taman tu lebih kurang sejam lebih juga. Lepas tu pulang ke hotel ambil tram yg sma dr station topkapi ke station aksaray.
-sblm masuk hotel. Kami bersiar2 dlu dekat town aksarey ni. Byk juga la brg2 murah seperti baju dan skirt .. ape lagi. Shoping le. Baju dan skirt dlm 10lera-15lera = 4jd-6jd. Sedap kain turkey.
-seterusnye singgah jap kat kedai kebab bawah hotel. Beli kebab ayam dan kebab kambing dan 2 gelas air pisang susu. Sedap sangat.
-habis makan balik bilik rehat.
-around jam 9pm. Malini dan ummi syafawani dtg ke hotel.
-sambung bejalan ke yusofpasa .. jln2. Dan singgah mkn mlm di domino’s pizza.
-tengah kami lepak2 sambil menikmati keindahan malam di town yusufpasa. Datang pula penunjuk perasaan taksim. Rasanya adala dlm 100org gitu. Lalu depan jalan kami sambil mengetuk2 senduk dgn pan masak tu. Hahaha. Kelakar je. Mls nk ambek tau sgt sbb nk enjoy pizza dlu. Blk hotel nnty baru serach apa psal sebenarnye diorg buat tunjuk perasaan ni. Hahaha
-around kol 11.45pm kami pulang ke hotel. Berehat dan tidur.

isnin 3 june 2013

-kami bangun seawal 5am.
-breakfast sama jam 7pg di café hotel.
-plan kami pagi ni ialah nk ke turkuazoo Istanbul di kecatepe forum Istanbul.
-sblm gerak tu kami dah tgk2 peta dan transport utk ke sna.
-agak mudah Cuma 1st time nk pergi agak mcm jauh skit.
-kami naik metro tram dr aksaray station ke kocatepe station. Station ni betul2 di hadapan Forum Istanbul.
-tiba dlm kol 9.30pm. aufa dan nora dah lama sampai situ tggu kami.
-terus gerak ke turkuazoo tp masih tk buka. Waktu operasi jam 10pg.
-kami lepak dlu di starbucks sambil minum frapochino mocha ..
-tepat jam 10pg kami masuk dalam turkuazoo Istanbul.
-nama je macam zoo. Sebenarnye bukan zoo pon . die macam akuaria klcc.
butiran disini turkuazoo istanbul
http://www.turkuazoo.com/en/
-kami habiskan masa di sni hampir 2jam.
-best utk fateh sbb sblm ni die dah ade akuarium kecil. Dan skrg. Live depan mata akuarium betul2 besar.
-macam2 jenis hidupan laut ade kat sni seperti shark, ketam spider, penyu dan lain2.
-semua jenis saiz yg besar2 la.
-kagum fateh tgk. Hahaha..
-seterusnya kami singgah lunch di burger king di forum Istanbul.
-lebih kurang jam 1ptg kami gerak kembali ke benyazit (grand bazaar)..
-satlekan blk apa2 yg kami nk shopping kat sna.
-grand bazaar ni macam suk midi di Syria. (grand bazar Syria) .
-Cuma die lg besar dan mempunyai 24pintu masuk. Besar la gak.
butiran grand bazaar
http://en.wikipedia.org/wiki/Grand_Bazaar,_Istanbul
-barang2 kat grand bazaar ni. Ade murah ade mahal.
-nk kene pandai tawar menawar la.
-baju sejuk merah turkey sblm tawar 60lera = rm120 / lepas tawar 30lera = rm60
-keychain 1lera = rm2
-tshirt budak 1helai sblm tawar 15lera = rm30 / lepas tawar 6lera =rm12
-sarung bantal sehelai seblm tawar 10lera = rm20 / lepas tawar 7lera = rm14
-spec reyban fateh yg warna hitam ni sblm tawar 15lera= rm30 / lepas tawar 7lera = rm14
-kami tk shopping mana sebab kami lebih suka mkan. Hahaha.. tuje la brg2 yg kami beli kat grand bazaar tu.
-seterusnya kami pulang ke hotel dr station sultanahmet ke station aksarey.
-sblm masuk hotel. Kami shopping skit seluar ¾ brand adidas dan nike sehelai 15lera = rm30
-kami blk berehat di hotel tu selama 2jam.
-sbb petang ni lepas asar kami rancang nk pergi ziarah maqam SULTAN MAHMET AL-FATIH di faith chami
-kami naek tram dr station aksaray ke station findikzede.
-igtkan dekat je dgn station tu. Rupanye ambil masa dekat 20minit jln kaki nk smpai.
macam jln kaki syimali ke balad la org kata jauh nye. Dah la naik bukit turun bukit.
-tapi semngat yg kami ada kami teruskan juga perjalanan.. =)
-sampai di fatih chami . rasa teruja. Kagum. Terharu dan segala2nya ada. Sbb kami berepeluang ke maqam SULTAN MAHMET AL-FATIH.

butiran disini fatih cami
http://en.wikipedia.org/wiki/Fatih_Mosque,_Istanbul
-kami berada di sna hampir satu jam seterusnye pulang ke aksarey lepas mgrb.
-kami tk naek tram kali ni sbb nk patah balik ke station findikzede tu sgt la jauh.
-kami redah shj jln besar bawah faith chami. Dan tanye mestobus kea rah mcD aksarey.
-org turkey sgt baik. Diorg ringan mulut nk tolong. Bg tau bus sekian2 ke arah aksarey.
-smpai di aksarey kami tk trus pulang ke hotel. Jln2 lg ti town aksaray.
-beli ayam golek utk mkn malam ni. Kami bawa rice cooker dr Jordan . soo. Just tanak nasi . makan dgn ayam golek yg kami beli tadi cecah sikit kicap. Hahaha. Save save.
– lepas tu. Kami pulang ke hotel dlm jam 10.30pm
-berehat dan kemas2 bag sbb esok tgh hari dah nk balik Jordan..

selasa 4june 2013

-mcm biasa. Breakfast ni café hotel dgn breakfast yg sama.
roti +sanyorah + cheese +teh Turkish + tembikai
-lepas breakfast. Kami ke station sultanahmet dgn tram dr tempat kami station aksarey.
-kami ke BLUE MOSQUE.. plan tertangguh kami kelmarin. Kami sempurnakan harini. hahaha
butiran blue mosque di sini
http://en.wikipedia.org/wiki/Sultan_Ahmed_Mosque
-kami ke blue mosque dgn tram dr station aksarey ke station sultanahmet.
-snap pic seberapa banyak yg boleh.
-duduk di tengah2 taman antara blue mosque dan hagia sofea.
-around jam 10pg kami gerak da nk balik ke hotel.
-seblum naik tram dr sultanamet. Singgah jap kedai souvenir depan station tu.
-capai 3helai tshirt turkey utk adek ipar aku firdaus dan adek aku harith. (selai 10lera = rm30 )
-beli juga beg duit turkey kain utk fateh 2lera = rm4
-lepas tu blk hotel kami di aksarey .
-sblm masuk hotel beli ayam golek lg skali utk di bawa pulang ke Jordan .. buat makanan tgh perjalanan nnty blk Jordan.
-siap smua brg kami. Kami cek out dr hotel jam 12.30pm .
-tggu di lobby hotel smbil layan tenet tgk2 balik gambar ..
-jam 2.30pm bus kami dr hotel ke airport Istanbul tiba.
-perjalanan dr hotel ke airport dlm 1jamstgh.
-sampai aiport Istanbul dlm jam 2 pm.
-cek in brg smua. Naseb baik tk lebih kilo. Ngam ngam dlm 37kg je. Sbb sorg bole 20kg shj. 2org 40kg.
-flight kami ke amman sepatutnye pukul 6.15 Cuma delay 30minit gerak jam 6.45pm.
-alhamdulillah semua selamat dan tiba di airport marka madani amman jam 9.30pm
-muhammad driver kami ( anak buah ammu yasen ) jemput dan teru pulang ke irbid.
-sampai irbid dlm jam 11.30pm. Alhamdulillah sampai dgn selamat.
-fateh pon rasa rindu sgt kat rumah ni. Jd aktif pula bila sampai. Hahaha..
hamdanlillah 3la salamah.. =)

moga semua yg baca ni enjoy !

Fateh pecahkan akuarium ayah.

Nak dijadikan cerita 2.4.2013 fateh telah pecahkan akurium ikan yang aunty bayt nueron bg…cik zille,aini,nisah…

Pukul 1 pg baru ayah perasan yang ruang tamu dah penuh dengan air ikan ….(tau je la air ikan busuk)..naseb baik ikan dapat diselamatkan ..

image

Ayah terpaksa pki baldi dulu sementara nak ganti akuarium yg pecah tu…dah la ikan tu asyik lompat -lompat je…yang fateh asyik jengah je baldi tu…nak main air ikan la tu.

image

Muka fateh mintak maaf..

image

Sorry ayah…

image

Baca banyak kali supaya x buat lagi..

image

Harapnya fateh ingt…..

Sekian coretan mama

Cocoa butter palmer….

Ape tu cocoa butter?
Just nak share some product yg sesuai untuk kulit kering or strech mark..
Setakat ni pakai memang hilang la…

Kalau kering sangat pun ok..insyaallah..

image

Ni beli yang kecik 1.50 jd…mudah dan murah nak bawa ke mana- mana..

image

Ni produk dr palmers so untuk ibu2x yang baru  mengandung boleh la sapu dari mula2x mengandung ni …bg mengelakkan strech mark terjadi..kalau yang lepas mengandung ada strech mark pun boleh jugak..kalau wana kulit x sekata pun boleh pakai jugak…hihi

image

Ok boleh la anda semua mencuba….

Kokuryu di jordan?

image

Akhirnyaaaa
Aku dapat memiliki bedak arab yg dari arab betol tapi made in jepun di buat di filipina….

Asyik tengok je kat malaysia penuh iklan bedak arab ni .AKhirnya berada dalam genggamku…yeay tq abang belanja..:-)

image

Pengunaan luar shje…

image

Boleh bce kaedah dia klu x tau nk pki..

image

image

Perasa roshelle..hahha bukan perasa la pewarna…dia banyak lg..ceri..oren..zaitun…

image

Ok yang penting ada cop halal……

image

Free span die….

Naseb bek murah je bedak ni kat sini..
3,50jd.convert rm 15 je…

Sekian…

Jadi juri masak?

Dah lama sangat x update blog x sempat mana dengan exam nyer…..

Anyway nak share cerita bila aku dijemput menjadi juri jemputan …hihi
Juri memasak je ….tapi memang best dapat makan dan tukar-tukar idea masakkan….

Kali ni jurinya aku dan syida…

Dan peserta terdiri dari setiap batch pelajar just dan yarmouk.1 kumpulan ada 4 orang peserta….

Masa yang diberi untuk diorg masak adalah 1 jam…

Lauk yang diberi daging dan ikan fillet.lemon pun diberi jugak diorg kene olah dari bahan yang diberi..

Layannn…..

image

Ni x ingt la nama nyer apa….

image

Huhu…..
Second group…

image

Huh yg ni sdp……
Sdp dia goreng daging tu dgn nenas…

image

Ni my batch …..legend chef asma masak..

image

Chinese style…..nice…

image

Thailand style…

Ada lagi sebenarnya tapi x sempat nak ambik sbb time ni fateh dah nangis2x…..bukan nangis apa pun..nangis nak makan jugak…hahhah…

Ni gambar juri…

image

Ye nampak tak saya disituuuu…

Ok tahniah kepada yang menang pada yang kalah tahun depan boleh cuba lagi….

Pancake instant..

Hari ni nk tunjuk pancake…
Sbb beli tepung yg tinggal tambah telur,minyak dan susu semudah abc….
Semua 3 in 1 dahh…

image

image

Makan dgn nuttella…pehh..mengancammm..

image

Bentuk x sama sbb pki pan besar.
.

image

Haha bentuk dia buruk tapi gebu tau..

Hihi ok nnt ada masa kite share tepung apa kita pki heh…

Salam.

Resepi laksa penang versi perantau

image

Laksa penang semudah abc.

Spageti

Bahan2x..

Bahan kisar.
Bawang merah.
Bawang putih
Halia
Sardin tin
Lada kisar 3 sudu besar
Lada merah. 2
Belacan.

Asam keping
Daun kesum

Masukkan kesemua bahan2x kisar kedalam periuk dan masak..tambah air jika terlalu pekat masukkn asam keping dan daun kesum tambah garam dan gula …siappp..

image

Kuah laksa x pekat x cair…

image

Aksesori laksa….
Nenas
Timun
Lemon

image

image

Selamat mencuba…

Posted in mee

Jemput2x labu manis..mak syida..

image

Hari ni macam nak makan jemput2x manis labu ni…last makan 2009 kat pasir gudang rumah rasyidah…tu la kami first time malan jemput2x labu yg manis ni…
So hari ni buat sendiri….

Bahan2x..

2 cawan. Tepung gandum.
2 genggam labu yg dihiris nipis.
Garam
Gula

Cara2x..

Masukkan semua dalam bekas dan gaul sebati hingga adunan x cair dan x pekat…

image

Selamat mencuba

Thanks too syida….2 tahun dah simpan resepi ni dalam memori dan hari ni akaq masak jugak..hihi

Resepi nasi lemak halba

image

Disebabkan teringin sgt nak makan nasi lemak maka dengan ringan hati la aku gi masak hihi..
Kalau kat johor belakang rumah memang ada jual nasi lemak ni…mak cik tu masak mmg superb la…sedap… cukup rasa…
Ni la resepinya…

Nasi lemak halba

Bahan2x…

Bawang merah 1
Halia 2inci
Serai 1btg
Daun pandan 1 helai
Biji halba 1 sudu besar
Santan 1/2 tin
Nasi basmathi 2 1/2 pot

Cara2x…

Tumis bawang merah yg dihiris nipis ,halia dan serai…kemudian masukkan. Biji halba ….Kemudian santan dan daun pandan biarkan santan mendidih bukan membuak ye…..atau sampai santan kilat masukkan beras dan garam…kemudian tanak nasi sampai masak…

Resepi sambal nasi lemak

Ikan bilis yang telah digoreng garing.

Bawang merah 2
Bawang putih 2 ulas
Halia 1inci
Belacan 1 sdb
Cili kisar 3 sudu besar
Air asam segenggam

Cara2x..

Blend bawang merah,bawang putih ,halia,
Tumis bahan diatas sampai garing
Masukkan cili kisar sampi pecah minyak
Masukkan belacan….
Bila dah garing masukkan air asam
Biarkan mendidih masukkan garam dan gula…bila dah siap.masukkan ikan bilis..
Dan siap.. 

image

Aksesori lain;

Brokoli rebus sbb x d timun…tapi mmg sdp makan ngan brokoli..

Telur goreng

Ikan goreng

Kacang

Ikan bilis goreng

image

Selamat mencuba semua……….

List barang untuk umrah

Kali ni saja nak share barang yang perlu nak bawa untuk pergi umrah senang kalau ada list kalau x mesti pening tak tau apa nak bawa.

image

Barang2x… yang beg besar tu semua baju kami bertiga.yang kecik sikit tu ada rice cooker,masak air,extension beras..
Yang wana purple tu barang yang nak bawa naik bas .kebanyakkan barang fateh pampers ,bju ,makanan dan ubat.

image

Yang silver tu barang makanan semua nak makan dalam bas.
Beh besar biru ada maggi dan air masak bekalan 24 jam perjalanan dalam bas dari jordan ke saudi.
Ini antara list barangnya..

Untuk lelaki

2 pasang kain ihram
Tali pingang untuk kain ihram
Gunting untuk bertahalul

2 pasang Baju tshirt buat tido
2 pasang kain pelikat
2 pasang seluar
2 pasang jubah
3 pasang shirt putih
1 kopiah
2 Tuala besar
2 tuala kecik

Perempuan.

2 pasang telekung
3 pasang Tudung
5 pasang bj kurung
2 pasang jubah
2 pasang sarung tangan
2 pasang stokin tebal
2 pasang scarf kepala
3 brooch
2 pasang kain batik
2 kain tuala besar
2 kain tuala kecik

Sejadah
Tisu kecik
Botol air kecil nak isi air zam zam
Beg kecil untuk isi buku ,alquran ..
Plastik beg  nak isi kasut

Kendiri :

Hanger
Ubat gigi
Berus gigi
Shampoo
Sabun mandi
Berus
Sabun basuh
Losyen penting sbb kat sana kulit kering.
Pelembab bibir.
Minyak rambut
Sikat
Cotton but
Bedak
Selipar

Ubat:

Panadol
Ubat batuk
Selsema
Vitamin tambahan
Bam panas
Vicks
Cream
Ubat mabuk perjalanan (bagi yang mabuk)

Barang makanan:

Biskut2x.
Roti
Air kotak
Kerepek
(Buat alas perut)
Pisau (mana tau nak potong buah ke apa ke.)

Baby( 1-3 tahun)

30 keping Pampers
15 pasang bj harian +bj jalan
2 kain tuala besar
5 kain tuala kecik
4 kain bip makan
5 pasang stokin
1 topi takut panas

Ubat baby:

Ubat demam
Batuk
Selsema
Cream
Minyak telon
Vicks
Cool fever

Barang sampingan:

Botol air baby
Thermos kecik
Biskut
Nestum
Bekas makan
Sudu
Mainan beg kecil isi barang baby.
Mainan
Kasut
Selimut baby
Beg bawa baby (senang dari bawa stroller)

Saya rasa itu sahaja untuk setakat ni yang bole kongsikan…
Semoga bermanfaat.

image

Fateh dah masuk dalam beg…