Nasi Pilaf Ayam Bakar Carrot

Nasi Pilaf Ayam Bakar Carrot

Nasi Pilaf  Ayam Bakar Carrot

Hidangan untuk 4-5 Orang

Bahan-bahannya ialah

– Setengah kilo beras jenis berasmati (yang telah siap dicuci)
– 3 paket serbuk pati ayam.
– 1 kiub pati ayam.
– 2 liter susu segar.
– 2 kilo carrot yang telah siap disagat.
– 1 ekor ayam yang telah siap dicuci dan dibersihkan. (tidak perlu dipotong)
kemudian, pisahkan kulit dada dan kulit atas ayam dari dagingnya
dengan berhati-hati tanpa koyak.
– 1 ikat daun saderi (boleh diganti daun sup jika tiada)yg telah siap
dipotong halus.
– 10 sudu besar minyak zaitun.
– 150 gram cheese mozzarella.
– 1 kilo kentang (yang telah siap dibuang kulit)
– 1 sudu besar lada hitam.
– 1 sudu besar lada puteh.
– 2 sudu besar tepung jagung.
– 1 biji sayur salad.
– 1 sudu kecil garam.
– 2 biji tomato (dipotong nipis)
– 3 sudu besar marjerin.

Cara-cara memasaknya ialah

Nasi Pilaf……
1. Tumiskan daun saderi bersama marjerin sehingga baunya naik.
1. Masukkan beras.
2. Tuangkan susu segar tersebut mengikut sukatan menanak nasi seperti biasa.
3. Masukkan 1 paket serbuk pati ayam.
4. Gaulkan juga bersama 1 sudu carrot yang telah siap disagat.
5. Buka api sederhana sehingga nasi siap ditanak.

Ayam Bakar Carrot

1. Gaulkan cheese, daud saderi dan carrot yang telah siap disagat tadi
bersama minyak zaitun.Sertakan juga 1 paket serbuk pati ayam.
Gaul kesemuanya sehingga sebati.
2. Sediakan bekas untuk dimasukkan ke dalam oven.
3. Sapukan minyak zaitun sedikit ke dalam bekas tersebut.
4. Sumbat sebatian tadi ke dalam badan ayam dan di celahan kulit
ayam tersebut.
5. Setelah siap, masukkan ayam tadi dengan berhati2x ke dalam bekas tadi.
6. Jika sebatian ada lebih, ratakan sebatian tadi di tepi dan di atas ayam.
7. Lumurkan baki minyak zaitun tadi ke atas ayam.
8. Bakar ayam tersebut di dalam oven selama 2jam bersuhukan 200celcius.
9. Setiap 30minit, boleh periksa ayam tersebut, takut2x api terlalu besar
atau terlalu kecil.
10. Setelah siap dibakar. Hidangkan ayam tersebut dengan
sayur salad dan tomato di kelilingnya.

Kentang Putar………

1. Rebus kentang sehingga lembut.
2. Toskan kentang tersebut dan masukkan ke dalam blender.
3. Blend sehingga hancur.
4. Setelah siap. letakkan ia ke dalam mangkuk

Kuah Kentang Putar…..

1. Panaskan 1 liter air di dalam periuk dengan api yang sederhana.
2. Masukkan 1kiub pati ayam.
3. Masukkan 1sudu lada hitam (ikut kehendak pedas masing2x)
4. Masukkan 1 sudu lada putih (ikut kehendak pedas masing2x)
5. Masukkan sedikit susu untuk menambahkan lagi lemak.
6. Untuk memekatkan kuah. Masukkan 1 sudu besar tepung jagung.
7. Gaul sehingga sebati.
8. Jika rasa atau pekatnya kurang. Tambahkan sedikit garam atau
tepung jagung mengikut citarasa anda.
9. Setelah siap. Tuangkan sedikit demi sedikit ke atas kentang putar tadi.

selamat mencuba semua =)
IMG_4250

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s