Istabul Fateh Datang !

ISTANBUL FATEH DATANG ! =)
Istanbul 5hari 4mlm 533jd + 60JD (tax keluar Jordan) utk 2dewasa 1bby

untuk pic selebih nya klik link di bawah
http://fauziakmal.fotopages.com/?entry=7428648&back=http://fauziakmal.fotopages.com/?page=0


-beli pakej termurah di NASRAWI TRAVEL AGENT (airfrance di balad irbid, Jordan)
-pakej 5h4m dgn bayaran 533jd utk suami isteri dan baby (infant bwh 2thn)

#pakej termasuk
-tiket flight jordan aviation (mcm airasia/firfly/easyjet) pergi blk.
-FLY HOTEL 3bintang 5h4m siap breakfast
-tiket kapal di bosphorus bersiar2 di golden horn Istanbul
-transport pergi blk dr airport istabul – fly hotel
-tambahan 20jd setiap seorg tax keluar airport marka madani amman (60jd 3org termasuk baby)

Fly hotel (hotel kami)
aksarey ( nama tempat kami duduk)

Istanbul 31 May 2013 – 4 June 2013
Jumaat 31May2013

-gerak dr irbid 10am
-gerak dr airport marka madani amman jam 3pm
-perjalanan ambil masa 2jam 15minit ke airport Istanbul
-sampai Istanbul airport jam 5.15pm.
-disambut oleh tour guide kami ajwad
-terus ke fly hotel. Perjalanan mengambil masa selama 1jam setengah.
-sampai hotel cek in dan rehat sekejap. Mgrb jam 8.30pm. isyak jam 10.30pm
-dlm jam 9pm lebih. Kami kluar cari mkn malam. Sblm tu dah mkn dlu kat hotel ayam goreng, nasi putih dan kicap yg dibekalkan dr irbid Jordan.
-singgah di café glogulo berhampiran stesen tram yusufpasa.
-makan rice pudding + café mocha + cheese cake 5jd
-balik rehat tido.

sabtu 1june2013

-jam 3pg terjaga tk bole tido.
-jam 7pg gerak turun ke café hotel utk breakfast.
-breakfast roti +sanyorah +telur rebus+ teh Turkish + cheese
-jam 8pm kami di bawa ke bosphorus utk naek kapal bersiar2 di golden horn selama 2 jam.
-butiran golden horn disni
http://en.wikipedia.org/wiki/Golden_Horn
-naek kapal dr jam 9am-11am.

-lepas bersiar2 dgn kapal. Kami terus ke station eminonu dgn tram.
-keadaan di eminonu sgt sesak. Ramai sgt orang kat situ.
-lunch sandwish ikan bakar yg di jual atas boat. Sedap tp agak hanyir sikit.
-pergi ke new mosque . ambik pic sikit dan berehat kerana cuaca terlalu panas.
-butiran new mosque disini
http://en.wikipedia.org/wiki/New_Mosque_(Istanbul)
-singgah juga toilet dgn bayaran 1lera turkey = rm2.00 (tkpelik pon sbb kawan2 dah bgtau toilet luar mahal.
-kami teruskan perjalanan ke Miniaturk dgn menaiki metrobus nombor 47 di stesen bus eminonu.
-org turkey sgt baik. Byk tolong kami tunjuk jln dan tolong kami bg arahan turun di bustop mna nnty.
-perjlnn dr eminonu ke miniaturk ambil masa 30minit. Sebb jem skit.
-kami berhenti di bustop miniaturk berhadapan dgn university Istanbul
-tiket masuk ke Miniaturk 10lera Turkish = 4jd
-butiran ttg miniaturk di sni.
http://www.miniaturk.com.tr/
http://www.viator.com/Istanbul-attractions/Miniaturk/d585-a9288
-cantik sgt miniaturk ni. replika2 bangunan sejarah seluruh turkey ada di sini
-penat jln separuh taman. Kami naik mini train rm2 sekali round taman miniaturk. Suka sgt fateh naik.
-sambung bawa fateh ke taman permainan di hujung taman miniaturk. Main sampai betul2 fatehpenat.

-kami duduk dekat sini hampir 3jam. Perut rasa lapar siggah jp mkn kat café miniaturk ni.
-menu Bolognese + fresh juice + cheese cake =4jd
-dlm jam 6pm kami pulang ke hotel.
-balik still naik metro bus yg sama nombor 47 ke eminonu.
-sambung naik tram ke station aksarey. Pejalanan ambil masa dlm 20minit.
-sampai hotel kami berehat dlu mkn maggi . around kol 9pm kami tido da. Penat sgt.

ahad 2june 2013

-kami terlena smpai jam 3am
-jam 7am kami terus breakfast di café hotel. makanan still sama tiada perubahan.
-plan kami harini nk ke bluemosque + topkapi museum + hagia sofea
– tepat jam 8.30am kami naek tram dr aksaray station ke sultanahmet station.
-tiba di situ kami terus ke topkapi musem beratur tuk membeli pass museum Istanbul 72lera = rm140.
http://museumpassistanbuldistributor.com/
-kenapa kami beli pass ni? Sebb pasni boleh masuk lebih dr 4 museum free sedangkan kalau beli tiket utk masuk ke setiap museum kami perlu bayar hamper 25lera = rm50 sorang ..
-4museum 100lera.. jika beli pass museum Istanbul just perlu bayar 72lera. Kan untung??? =)
-anyway dgn pass ni. Kami dapat 10%-30% surveniors dan tiket masuk .
-tempat pertama kami pergi pagi tu ialah museum topkapi
butiran museum topkapi disini
http://en.wikipedia.org/wiki/Topkap%C4%B1_Palace
-seterusnya ke hagia sofia
butiran disini hagia sofia
http://en.wikipedia.org/wiki/Hagia_Sophia
-seterusnya kami nk pergi ke bluemosque tp memandangkan kami dah janji dgn nora dan aufa utk tggu di station benyazit jam 1pm
-so kami batalkan hasrat utk ke bluemosque dan trus ke station benyazit .
-kami jumpa nora dan aufa jam 1.15pm .
-perut kami lapar sangat sbb last breakfast je td kami makan.
– so kami ambil keputusan makan di burger king .
-berehat dan makan disitu hamper 1jam lebih. Kami teruskan perjalanan ke grand bazaar.
-tp alangkah terkejutnya kami grand bazar tutup pada hari ahad. Hahaha.. mcm pak pandir pulak rasanya.
-so kami ambil keputusan utk ke panorama faith 1453 di topkapi.
butiran panorama fatih 1453 di sini
http://www.3dmekanlar.com/en/panorama-1453.html
-kami naik tram dr station benyazit ke station topkapi. Perjalanan dlm 20minit.
-tiket masuk dlm 10lera sorang = 4jd
-agak kekok skit sbb stroller tk boleh bawa masuk. So parking la stroller di pintu masuk. Bukan kami je yg park situ. Semua stroller park situ.
-kami masuk ke panorama fetih 1453 tu dlm sejam juga. Yg best kat situ. Ada 3D suasana peperangan sultanahmed fetih.

-around kol 5lebih tu. Kami keluar dan terus ke taman sebelah panorama fetih 1453 .
-cantik taman tu. Rasa mcm taman di Malaysia. Dan org2 turkey kat situ tk sebatak org2 arab.
-mereka sangat menghormati kami org2 malaysia.
-berehat di taman tu lebih kurang sejam lebih juga. Lepas tu pulang ke hotel ambil tram yg sma dr station topkapi ke station aksaray.
-sblm masuk hotel. Kami bersiar2 dlu dekat town aksarey ni. Byk juga la brg2 murah seperti baju dan skirt .. ape lagi. Shoping le. Baju dan skirt dlm 10lera-15lera = 4jd-6jd. Sedap kain turkey.
-seterusnye singgah jap kat kedai kebab bawah hotel. Beli kebab ayam dan kebab kambing dan 2 gelas air pisang susu. Sedap sangat.
-habis makan balik bilik rehat.
-around jam 9pm. Malini dan ummi syafawani dtg ke hotel.
-sambung bejalan ke yusofpasa .. jln2. Dan singgah mkn mlm di domino’s pizza.
-tengah kami lepak2 sambil menikmati keindahan malam di town yusufpasa. Datang pula penunjuk perasaan taksim. Rasanya adala dlm 100org gitu. Lalu depan jalan kami sambil mengetuk2 senduk dgn pan masak tu. Hahaha. Kelakar je. Mls nk ambek tau sgt sbb nk enjoy pizza dlu. Blk hotel nnty baru serach apa psal sebenarnye diorg buat tunjuk perasaan ni. Hahaha
-around kol 11.45pm kami pulang ke hotel. Berehat dan tidur.

isnin 3 june 2013

-kami bangun seawal 5am.
-breakfast sama jam 7pg di café hotel.
-plan kami pagi ni ialah nk ke turkuazoo Istanbul di kecatepe forum Istanbul.
-sblm gerak tu kami dah tgk2 peta dan transport utk ke sna.
-agak mudah Cuma 1st time nk pergi agak mcm jauh skit.
-kami naik metro tram dr aksaray station ke kocatepe station. Station ni betul2 di hadapan Forum Istanbul.
-tiba dlm kol 9.30pm. aufa dan nora dah lama sampai situ tggu kami.
-terus gerak ke turkuazoo tp masih tk buka. Waktu operasi jam 10pg.
-kami lepak dlu di starbucks sambil minum frapochino mocha ..
-tepat jam 10pg kami masuk dalam turkuazoo Istanbul.
-nama je macam zoo. Sebenarnye bukan zoo pon . die macam akuaria klcc.
butiran disini turkuazoo istanbul
http://www.turkuazoo.com/en/
-kami habiskan masa di sni hampir 2jam.
-best utk fateh sbb sblm ni die dah ade akuarium kecil. Dan skrg. Live depan mata akuarium betul2 besar.
-macam2 jenis hidupan laut ade kat sni seperti shark, ketam spider, penyu dan lain2.
-semua jenis saiz yg besar2 la.
-kagum fateh tgk. Hahaha..
-seterusnya kami singgah lunch di burger king di forum Istanbul.
-lebih kurang jam 1ptg kami gerak kembali ke benyazit (grand bazaar)..
-satlekan blk apa2 yg kami nk shopping kat sna.
-grand bazaar ni macam suk midi di Syria. (grand bazar Syria) .
-Cuma die lg besar dan mempunyai 24pintu masuk. Besar la gak.
butiran grand bazaar
http://en.wikipedia.org/wiki/Grand_Bazaar,_Istanbul
-barang2 kat grand bazaar ni. Ade murah ade mahal.
-nk kene pandai tawar menawar la.
-baju sejuk merah turkey sblm tawar 60lera = rm120 / lepas tawar 30lera = rm60
-keychain 1lera = rm2
-tshirt budak 1helai sblm tawar 15lera = rm30 / lepas tawar 6lera =rm12
-sarung bantal sehelai seblm tawar 10lera = rm20 / lepas tawar 7lera = rm14
-spec reyban fateh yg warna hitam ni sblm tawar 15lera= rm30 / lepas tawar 7lera = rm14
-kami tk shopping mana sebab kami lebih suka mkan. Hahaha.. tuje la brg2 yg kami beli kat grand bazaar tu.
-seterusnya kami pulang ke hotel dr station sultanahmet ke station aksarey.
-sblm masuk hotel. Kami shopping skit seluar ¾ brand adidas dan nike sehelai 15lera = rm30
-kami blk berehat di hotel tu selama 2jam.
-sbb petang ni lepas asar kami rancang nk pergi ziarah maqam SULTAN MAHMET AL-FATIH di faith chami
-kami naek tram dr station aksaray ke station findikzede.
-igtkan dekat je dgn station tu. Rupanye ambil masa dekat 20minit jln kaki nk smpai.
macam jln kaki syimali ke balad la org kata jauh nye. Dah la naik bukit turun bukit.
-tapi semngat yg kami ada kami teruskan juga perjalanan.. =)
-sampai di fatih chami . rasa teruja. Kagum. Terharu dan segala2nya ada. Sbb kami berepeluang ke maqam SULTAN MAHMET AL-FATIH.

butiran disini fatih cami
http://en.wikipedia.org/wiki/Fatih_Mosque,_Istanbul
-kami berada di sna hampir satu jam seterusnye pulang ke aksarey lepas mgrb.
-kami tk naek tram kali ni sbb nk patah balik ke station findikzede tu sgt la jauh.
-kami redah shj jln besar bawah faith chami. Dan tanye mestobus kea rah mcD aksarey.
-org turkey sgt baik. Diorg ringan mulut nk tolong. Bg tau bus sekian2 ke arah aksarey.
-smpai di aksarey kami tk trus pulang ke hotel. Jln2 lg ti town aksaray.
-beli ayam golek utk mkn malam ni. Kami bawa rice cooker dr Jordan . soo. Just tanak nasi . makan dgn ayam golek yg kami beli tadi cecah sikit kicap. Hahaha. Save save.
– lepas tu. Kami pulang ke hotel dlm jam 10.30pm
-berehat dan kemas2 bag sbb esok tgh hari dah nk balik Jordan..

selasa 4june 2013

-mcm biasa. Breakfast ni café hotel dgn breakfast yg sama.
roti +sanyorah + cheese +teh Turkish + tembikai
-lepas breakfast. Kami ke station sultanahmet dgn tram dr tempat kami station aksarey.
-kami ke BLUE MOSQUE.. plan tertangguh kami kelmarin. Kami sempurnakan harini. hahaha
butiran blue mosque di sini
http://en.wikipedia.org/wiki/Sultan_Ahmed_Mosque
-kami ke blue mosque dgn tram dr station aksarey ke station sultanahmet.
-snap pic seberapa banyak yg boleh.
-duduk di tengah2 taman antara blue mosque dan hagia sofea.
-around jam 10pg kami gerak da nk balik ke hotel.
-seblum naik tram dr sultanamet. Singgah jap kedai souvenir depan station tu.
-capai 3helai tshirt turkey utk adek ipar aku firdaus dan adek aku harith. (selai 10lera = rm30 )
-beli juga beg duit turkey kain utk fateh 2lera = rm4
-lepas tu blk hotel kami di aksarey .
-sblm masuk hotel beli ayam golek lg skali utk di bawa pulang ke Jordan .. buat makanan tgh perjalanan nnty blk Jordan.
-siap smua brg kami. Kami cek out dr hotel jam 12.30pm .
-tggu di lobby hotel smbil layan tenet tgk2 balik gambar ..
-jam 2.30pm bus kami dr hotel ke airport Istanbul tiba.
-perjalanan dr hotel ke airport dlm 1jamstgh.
-sampai aiport Istanbul dlm jam 2 pm.
-cek in brg smua. Naseb baik tk lebih kilo. Ngam ngam dlm 37kg je. Sbb sorg bole 20kg shj. 2org 40kg.
-flight kami ke amman sepatutnye pukul 6.15 Cuma delay 30minit gerak jam 6.45pm.
-alhamdulillah semua selamat dan tiba di airport marka madani amman jam 9.30pm
-muhammad driver kami ( anak buah ammu yasen ) jemput dan teru pulang ke irbid.
-sampai irbid dlm jam 11.30pm. Alhamdulillah sampai dgn selamat.
-fateh pon rasa rindu sgt kat rumah ni. Jd aktif pula bila sampai. Hahaha..
hamdanlillah 3la salamah.. =)

moga semua yg baca ni enjoy !

Leave a comment